Mutiara Kata


Salam dan Selamat Sejahtera Kepada warga Muar atau peminat page KaMi SaYanG Muo!!!! di facebook . Atas pemintaan warga kerja page KaMi SaYanG Muo!!!! . Telah bersetuju dan bulat suara untuk menghasilkan Blogspot ini . Tujuan utama penghasilan blogspot adalah untuk pegetahuan am tentang Dearah Muar yang semakin hari semakin membangun sebagai sebuah dearah di Negeri Johor.Dearah Muar telah dikenali sebagai Muar Destinasi Pelancongan Unik. Blogspot sedikit sebanyak memberi maklumat tentang Muar kepada Masyarakat luar dari Negeri Johor Darul Takzim . Akhir kata dari kami warga kerja kelab KaMi SaYanG Muo!!!! memohon maaf andai kata mempunyai kekurangan atau kelebihan daripada blogspot ini . Kami hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan Kesilapan .

Sekian Terima Kasih
Warga kerja kelab KaMi SaYanG Muo!!!! :)

Followers

Saturday, August 14, 2010

Sejarah Bukit Kepong


 Hye, salam dan salam sejahtera , Kali ini kami berkongsi dengan anda tentang sejarah Bukit kepong iaitu peristiwa yang berdarah di Muar. Telah mengorbankan Wira sejati memperjuangkan tanah air yang tercinta daripada serangan komunis  .

Berikut adalah serba sedikit informasi tentang sejarah Bukit Kepong :

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Berikut adalah gambaran keadaan balai yang hangus terbakar oleh Komunis:


Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong oleh Pihak Komunis :


Pejuang Balai Polis Bukit Kepong :


Keadaan Balai Polis Bukit Kepong kini , ia telah dijadikan sebagai muzium atau tapak Sejarah  :


Akhir kata kita patuh berase bersyukur atas kemederkaan yang nikmat ini adalah hasil usaha pejuang kemerdekaan yang sanggup korban nyawa negara kita yang tercinta ini . Maka kita hendak menjaga keamanan yang kita rase supaya tidakkan dijajah dari segi minda atau perbuataan ..Apa-apa pon kita bersyukur kemederkaan kita kini ..

SELAMAT MENYAMBUT KEMEDERKAAN MALAYSIA KE 53  2010

                                








2 comments:

  1. abes..
    mne dtg left. adnan..???
    die bkn polis bkit kepong kew..?
    aku kompius betol la..
    hahahaha
    tp respect la dgn polis mu0 DAHULU..
    sggup b'matian demi cinta akan bgse mu0...
    =)

    ReplyDelete
  2. leftenan Adnan tu sejarah kat pasir panjang..kalau xsilap hamba dekat2 area singapura..waktu Jepun serang Tanah Melayu..

    ReplyDelete