Mutiara Kata


Salam dan Selamat Sejahtera Kepada warga Muar atau peminat page KaMi SaYanG Muo!!!! di facebook . Atas pemintaan warga kerja page KaMi SaYanG Muo!!!! . Telah bersetuju dan bulat suara untuk menghasilkan Blogspot ini . Tujuan utama penghasilan blogspot adalah untuk pegetahuan am tentang Dearah Muar yang semakin hari semakin membangun sebagai sebuah dearah di Negeri Johor.Dearah Muar telah dikenali sebagai Muar Destinasi Pelancongan Unik. Blogspot sedikit sebanyak memberi maklumat tentang Muar kepada Masyarakat luar dari Negeri Johor Darul Takzim . Akhir kata dari kami warga kerja kelab KaMi SaYanG Muo!!!! memohon maaf andai kata mempunyai kekurangan atau kelebihan daripada blogspot ini . Kami hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan Kesilapan .

Sekian Terima Kasih
Warga kerja kelab KaMi SaYanG Muo!!!! :)

Followers

Saturday, August 14, 2010

Adakah Muar mempunyai Landasan Keretapi sendiri satu ketika dahulu ???

Hye, salam dan salam sejahtera , pasti anda tertanya2 adakah muar mempunyai landasan kereta api satu ketika dahulu ... ye betul tu... memang ada pada satu ketika dahulu ..jika mahu lagi maklumat . Sila baca maklumat berikut.

Keretapi Kerajaan Muar

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem perkeretapiannya sendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km.

Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918.

Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran.

Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamirkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam.

Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamirkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.

semua diatas maklumat tentang perkara tersebut . Kini kereta api tersebut sudah tiada lagi .. kini jadi pameran di Tajung Mas Muar..Seperti di gambar dibawah :


Sumber Maklumat : Majlis Perbandaran Muar (http://www.mpmuar.gov.my/web/guest/pengangkutan_awam)

Sejarah Bukit Kepong


 Hye, salam dan salam sejahtera , Kali ini kami berkongsi dengan anda tentang sejarah Bukit kepong iaitu peristiwa yang berdarah di Muar. Telah mengorbankan Wira sejati memperjuangkan tanah air yang tercinta daripada serangan komunis  .

Berikut adalah serba sedikit informasi tentang sejarah Bukit Kepong :

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Berikut adalah gambaran keadaan balai yang hangus terbakar oleh Komunis:


Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong oleh Pihak Komunis :


Pejuang Balai Polis Bukit Kepong :


Keadaan Balai Polis Bukit Kepong kini , ia telah dijadikan sebagai muzium atau tapak Sejarah  :


Akhir kata kita patuh berase bersyukur atas kemederkaan yang nikmat ini adalah hasil usaha pejuang kemerdekaan yang sanggup korban nyawa negara kita yang tercinta ini . Maka kita hendak menjaga keamanan yang kita rase supaya tidakkan dijajah dari segi minda atau perbuataan ..Apa-apa pon kita bersyukur kemederkaan kita kini ..

SELAMAT MENYAMBUT KEMEDERKAAN MALAYSIA KE 53  2010

                                








Mee Bandung Muar -makanan paling best di Muar

Mee Bandung Muar

Hae, salam dan salam sejahtera kepada semua yang melawat blogspot ini ..kami warga kerja KaMi SaYanG Muo!!!!  ingin memberikan maklumat kepada anda semua serba sedikit makanan yang paling terkenal di dearah Muar ini , Kali makanan pilihan kami adalah Mee Bandung Muar. Pasti Warga atau anak jati muar pasti tahu apa tu mee bandung muar. Ia Merupakan makanan digemari oleh penduduk muar atau para pelawat yang datang ke muar.. Kalau datang aje muar pasti nak kena mee bandung muar. Kira adat lah tu ..
Mee Bandung Muar rasanya lain sedikit daripada Mee di tempat conton di penang iaitu Mee kuah Ketam or Udang itu di penang kalau di dearah Muar pulak mesti Mee Bandung Muar . Mee Bandung Muar selalu paling laris pada hujung-hujung Minggu seperti Hari sabtu atau Ahad .

Adakah Anda tahu berapa Mee Bandung Muar berada di Muar ??
Mungkin lebih 45 tahun di Muar ..

Adakah anda nak tahu cara-cara membuat Mee Bandung Muar ???

Berikut adalah Cara-cara nya :

Bahan -bahan:
  1. 500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )
  2. 10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
  3. 5 ulas bawang puting
  4. 5 ulas bawang merah
  5. 2 ulas bawang besar
  6. 50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
  7. 100 gram udang biasa
  8. 200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )
  9. 100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )
  10.       garam dan gula secukup rasa
  11.       minyak untuk menumis

Cara Memasak:
  1. Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
  3. Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Birakan sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
  5. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.