Mee Bandung Muar
Hae, salam dan salam sejahtera kepada semua yang melawat blogspot ini ..kami warga kerja KaMi SaYanG Muo!!!! ingin memberikan maklumat kepada anda semua serba sedikit makanan yang paling terkenal di dearah Muar ini , Kali makanan pilihan kami adalah Mee Bandung Muar. Pasti Warga atau anak jati muar pasti tahu apa tu mee bandung muar. Ia Merupakan makanan digemari oleh penduduk muar atau para pelawat yang datang ke muar.. Kalau datang aje muar pasti nak kena mee bandung muar. Kira adat lah tu ..
Mee Bandung Muar rasanya lain sedikit daripada Mee di tempat conton di penang iaitu Mee kuah Ketam or Udang itu di penang kalau di dearah Muar pulak mesti Mee Bandung Muar . Mee Bandung Muar selalu paling laris pada hujung-hujung Minggu seperti Hari sabtu atau Ahad .
Adakah Anda tahu berapa Mee Bandung Muar berada di Muar ??
Mungkin lebih 45 tahun di Muar ..
Adakah anda nak tahu cara-cara membuat Mee Bandung Muar ???
Berikut adalah Cara-cara nya :
Bahan -bahan:
- 500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )
- 10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
- 5 ulas bawang puting
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang besar
- 50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
- 100 gram udang biasa
- 200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )
- 100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara Memasak:
- Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
- Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
- Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Birakan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
- Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.
thanx for the recipe.. always love mee bandung muo.. tmpat lain pnye x sama..
ReplyDeletePromosi!!!! Promosi!!!! Promosi!!!!!
ReplyDeletePromosi!!!! sila-sila berkunjung ke kedai kami di Mahkota Parade Melaka Food Court!!!!
Promosi Untuk hari pembukaan akan bermula dari 1hb/feb/2011 sehingga 07/feb/2011!!!!
jangan lepaskan peluang ini...potongan 50sen bagi setiap hidangan + air mineral untul setiap hidangan...MARI-MARI....